sas.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR
KUALA ALOR,05400 ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-7325168  Faks : 04-7342148
e-mel : kba2087.ppdkotasetar@gmail.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALUAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | PROFIL STAF AKADEMIK | PROFIL STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN | BUKU PELAWAT | GALERI | ASRAMA | LAGU SEKOLAH | AKTIVITI 2011 |




SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR
 

SEJARAH SEKOLAH

         Sekolah ini mula ditubuhkan di SK Sungai Korok Baru (SK Jalan Pegawai) yang terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar. Ia merupakan sekolah integrasi dengan jumlah pelajar seramai 54 0rang dan 5 orang guru. Pada awal 1978 pelajar sekolah ini telah dipindahkan ke SK Haji Mohd Shariff di Kompleks Pendidikan Alor Malai, Alor Setar.Pada 8 Ogos 1987 sekolah ini telah berpindah ke Jabi dengan nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Jabi. Sekolah ini menggunakan bangunan tinggalan Sekolah Menengah Pokok Sena 2 yang terdiri daripada sebuah blok asrama lelaki dan perempuan dan sebuah blok akademik yang dijadikan 7 bilik darjah yang menampung 86 orang pelajar dan 10 orang guru.Pada 5 Januari 1998 sekolah ini telah dipindahkan ke Kuala Alor, Alor Mengkudu dengan keluasan kawasan 6.941 ekar. Di kawasan ini didirikan blok pejabat pentadbiran, blok akademik, blok sokongan, dewan makan, asrama lelaki dan perempuan, rumah guru dan tempat meletak kenderaan.Sekolah ini telah di tukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alor Setar dan dikategorikan sebagai sekolah gred A.

SENARAI GURU BESAR

Tn. Hj Omar bin Ahmad19871988
En. Mohd Johari bin Hassan19891991
En. Jamaluddin bin Muhammad19921994
En. Aznan bin Yunus4.199411.1994
Tn. Hj Omar bin Ahmad12.19942000
Tn. Hj Hasni bin Mat 1.20001.2001
En. Jaffri Johan bin Zainudin2.2001




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: