sas.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS ALOR SETAR
KUALA ALOR,05400 ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-7325168  Faks : 04-7342148
e-mel : kba2087.ppdkotasetar@gmail.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA ALUAN | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | STAF AKADEMIK | PROFIL STAF AKADEMIK | PROFIL STAF SOKONGAN | KEPUTUSAN UPSR | BUKU PELAWAT | PAUTAN | GALERI | ASRAMA | LAGU SEKOLAH | AKTIVITI 2011 |



SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(ENCIK JAFFRI JOHAN BIN ZAINUDIN)


Assalamualaikum Wrbkth.

Sayamengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SKPK Alor Setar dan semua guru Malaysia. Hari Guru disambut setiap tahun pada16 Mei. Tahun ini tema Hari Guru adalah GURU MALAYSIA: 1 INSPIRASI 1 AGENDA.

Saya berkesempatan menghadiri Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Stadium Tertutup Nilai. Saya berasa teruja dan terharu apabila semua guru yang hadir bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia, 1 Malaysia dan Transformasi Pendidikan dengan penuh semangat serta bergema di setiap sudut dewan tersebut.

Agenda PPPM 2013-2025 menjadi asas tema ' Guru Malaysia:1 Inspirasi 1Agenda'. 1 aspirasi adalah aspirasi sistem pendidikan dan aspirasi murid. Aspirasi sistem pendidikan bermaksud sistem pendidikan negara bertaraf dunia yang memastikan akses kepada semua murid, kualiti antarabangsa, ekuiti atau kesaksamaan untuk semua murid, memupuk perpaduan dan pelaksanaan kecekapan tinggi.
Manakala aspirasi murid bermaksud guru bertanggungjawab melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, kerohanian tinggi dan beretika serta mempunyai identiti nasional.
1Agenda bermakna semua guru berpegang pada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM dan melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kita (guru) memainkan peranan penting menyebarkan ilmu pengetahuan bagi melahirkan bangsa yang berilmu pengetahuan luas dan mempunyai tanggungjawab dalam membentuk akhlak murid dan masyarakat serta membina negara bangsa yang menitikbaratkan semangat patriotik, jati diri dan perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.

Akhir kata, terima kasih kepada semua warga sekolah dan individu yang telah menyumbangkan fikiran, tenaga dan kewangan dalam usaha mencemerlangkan sekolah ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: